PENGARAH veteran Murali Abdullah menyuarakan kerinduan mendalam untuk kembali menerajui produksi drama atau filem selepas hampir tiga tahun tidak menjejak kaki ke set penggambaran.
Murali, 66, berkata, walaupun pergerakan fizikalnya kini terbatas, namun pemikiran dan kreativiti dalam pengarahannya masih belum pudar dan utuh seperti dahulu.
"Saya rasa kali terakhir saya mengarah kira-kira tiga tahun lepas untuk drama Isteri Seorang Lelaki di RTM. Walaupun drama itu dapat gred A+, mereka tidak panggil saya lagi.

Hampir tiga tahun Murali tidak menjejak kaki ke set penggambaran.





