PENGALAMAN lebih tiga dekad bergelar penyanyi bukan alasan buat penyanyi Ezad Lazim untuk berhenti belajar daripada generasi baharu.
Ezad atau atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 47, mengakui dia tidak kisah menjadikan penyanyi muda seperti Aina Abdul dan Aisha Retno sebagai rujukan kerana mereka mempunyai pengetahuan dan pendekatan berbeza dalam menghasilkan karya.
"Saya lihat artis-artis baharu sekarang ini mungkin dari segi ilmu pengetahuan, mereka lebih ke depan, terutama apabila dunia digital semakin berubah.






