SEORANG penerbit mendakwa kerugian ribuan ringgit selepas terpedaya dengan janji seorang novelis atau penulis skrip terkenal yang dipercayai mempunyai projek drama untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen.
Menurut penerbit yang enggan didedahkan identitinya itu, pada awalnya novelis berkenaan menawarkan peluang untuk karya mereka disiarkan di sebuah stesen televisyen dengan bantuan dan pengaruhnya dalam industri pada Februari lalu.
Katanya, atas dasar percaya memandangkan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain, dia bersama seorang rakan bersetuju menjalinkan kerjasama tersebut.

Penerbit terpedaya dengan tawaran yang diberikan. -Gambar hiasan AI





