SABAN hari, pusat beli-belah sentiasa dibanjiri pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mahu bersiar-siar mahupun meluangkan masa bersama keluarga.
Maka tidak hairanlah apabila ruang legar pusat beli-belah sering dijadikan tapak jualan terbuka jika sesuatu jenama atau outlet mahu melakukan promosi dan tawaran menarik untuk pengunjung.
Namun kaedah itu adakalanya menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pengunjung terutama barangan yang dipamerkan itu melibatkan pakaian dalam.

Barangan mahupun jenama yang mempunyai promosi akan diletakkan di bahagian ruang legar pusat beli-belah. -Gambar hiasan AI




