KEGAGALAN pihak pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM13,000 membawa padah apabila majlis perkahwinan dibatalkan pada hari pasangan tersebut disatukan sebagai suami isteri.
Lebih mengejutkan, keluarga lelaki dikatakan sudah dalam perjalanan dari Selatan ke Pantai Timur dengan konvoi enam buah kereta.
“Ada kawan cerita abangnya bawa masalah besar kepada keluarga. Sepatutnya abang dia kahwin hari Jumaat tapi dibatalkan sebab tak bawa duit hantaran sebanyak RM13,000.

Setiap majlis perkahwinan biasanya menelan belanja banyak untuk dilaksanakan. -Gambar hiasan




