PELAKON Rahim Omar tampil menjelaskan insiden suaranya terhenti beberapa saat ketika menyampaikan lagu Terharu pada minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti (KES), malam Sabtu.
Rahim, 66, berkata kejadian tersebut bukan disebabkan terlupa lirik seperti yang didakwa sebaliknya tekaknya tiba-tiba kering sehingga menyebabkan suara tidak dapat keluar ketika menyanyikan bahagian akhir lagu.
"Tiba-tiba tekak kering. Saya bukan lupa lirik sebenarnya, tetapi suara itu tidak keluar.

Rahim cemas suara tiba-tiba tidak keluar semasa menyanyi.





