TIADA isu kecil hati dalam kalangan rakan penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang tidak terpilih sebagai pengapit di majlis perkahwinannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 10 Oktober depan.
Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata pemilihan pengapit dibuat berdasarkan keadaan dan kesesuaian rakan-rakannya serta memahami jika ada yang tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.
"Bagi saya, semua kawan-kawan memang rapat. Tapi, rapat itu tak semestinya mereka wajib jadi pengapit sampai kita lupa mereka pun ada tanggungjawab lain.

Bella bersama sembilan pengapit yang terpilih.





