PENYANYI Zaki Yamani mengakui cabaran terbesar ketika menjayakan lagu terbaharunya, Akur adalah menyampaikan rasa kecewa secara bersahaja dalam keadaan emosi yang terkawal.
Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata dia sengaja memilih pendekatan demikian kerana percaya kesedihan tidak semestinya dizahirkan secara berlebihan.
"Memang mencabar untuk membawa emosi Akur kerana saya tak mahu terlalu memaksa rasa sedih itu. Saya cuba sampaikan dengan sejujur mungkin.

Zaki melancarkan single baharu berjudul Akur.




