TABIAT merokok bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan perokok, malah asap yang dilepaskan turut membawa padah kepada orang di sekeliling, khususnya kanak-kanak dan bayi yang masih kecil.
Sama ada rokok konvensional atau elektronik, kedua-duanya tetap memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan tabiat tersebut tidak seharusnya dipandang remeh.
Namun, membayangkan asap berbahaya itu dihembus oleh orang luar sudah cukup membuatkan kita berang, apatah lagi jika ia dilakukan oleh seorang bapa kandung yang tergamak menggadaikan kesihatan anak sendiri tanpa rasa bersalah.

Asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah pernafasan, batuk dan penyakit serius. -Gambar hiasan





