ISTERI kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah menerima pujian netizen selepas mendedahkan dia tidak berkira soal kebajikan termasuklah menyediakan keperluan harian untuk pembantu rumahnya.
Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata, pembantu rumahnya diberikan kebebasan untuk menikmati apa sahaja makanan dan boleh memesan hidangan mengikut selera sendiri apabila mereka keluar bersama.
“Dia boleh makan apa sahaja, walaupun waktu keluar berjalan dia boleh pesan ikut selera dia. Walaupun di rumah kita makan beras mahal, dia pun sama.

Hantaran Watie di Threads.






