Hiburan

“Tolong jangan libatkan ibu mentua saya”… Elisya Sandha tegas, tak mahu keluarga diheret isu boikot ‘Madu Atau Racun’

PELAKON Elisya Sandha tampil membidas tindakan segelintir netizen di platform Threads yang mahu memboikot drama lakonannya iaitu Madu Atau Racun kerana mempunyai babak suka sesama jantina.

Bukan hanya itu, netizen turut mengheret nama ibu mertuanya yang juga penerbit dan pelakon Sheila Rusly dalam perkara tersebut kerana dikatakan tidak memberi nasihat kepada Elisya.

Tampil mempertahankan Sheila, Elisya atau nama sebenarnya Elisya Sandha Hassan, 27, menegaskan bahawa ibu mertuanya itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penglibatan dirinya dalam naskhah berkenaan.

Hantaran Elisya di halaman Threads.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh