PENGARAH Erma Fatima tampil bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon Namron mengenai pendatang baharu yang mengenakan harga tinggi sehingga RM100,000 untuk menjayakan sesuatu naskhah lakonan.
Kata Erma, 58, seorang pelakon sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan bukannya meletakkan jumlah pengikut di media sosial sebagai satu kayu ukur untuk berasa dirinya hebat biarpun mutu lakonan masih ditahap biasa.
“Setuju sangat! Kena ukur baju di badan sendirilah. Kadang-kadang mereka ini bila pengikut tinggi sikit, dah rasa hebat. Berlakon tak seberapa pun.

Kenyataan Erma di Instagramnya.






