PELAKON Scha Alyahya menyifatkan setiap kritikan yang diterima terhadap filem lakonannya, 5 Bomoh, sebagai sesuatu yang positif kerana ia membuktikan karya berkenaan mendapat perhatian penonton.
Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, berkata, lebih membimbangkan sekiranya sesebuah karya langsung tidak diperkatakan kerana keadaan itu mungkin menunjukkan tiada penerimaan masyarakat.
“Kalau orang tidak memperkatakan langsung, saya rasa mesti ada yang tak kena.







