PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun menyarankan agar mana-mana selebriti atau inidvidu dikenali mendaftarkan nama mereka di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi mengelakkan nama diguna tanpa kebenaran bagi tujuan pemasaran.
Hafiz, 42, berkata dia yang mempunyai pengalaman terlibat dengan isu penggunaan nama selebriti tanpa kebenaran ini melihat pendaftaran MyIPO sebagai satu cara melindungi diri daripada pihak yang suka mengambil kesempatan.
“Kita sebagai individu yang dikenali, kalau rasa perlu melindungi nama dan imej, kita buatlah apa yang patut. Kalau perlu daftarkan dengan MyIPO sebagai trademark, maka buatlah.

Hafiz tak mahu orang ambil kesempatan terhadap namanya.






