VOKALIS kumpulan OAG, Radhi mendedahkan dia kini dalam fasa sedang mengenali hati budi seseorang.
Bagaimanapun Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 49, enggan meletakkan sebarang tekanan memandangkan dia sudah melalui fasa perceraian sebanyak dua kali.
“Dah kenal lama dah cuma tak letak tekanan itu. Yang penting kita nak dapatkan sakinah (ketenangan) itu dululah.

Radhi berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






