PELAKON Toh Puan Syamim Freida menegaskan bahawa keakraban sesuatu hubungan tidak perlu dibuktikan menerusi perkongsian di media sosial semata-mata demi meraih pengesahan daripada orang luar.
Kata Syamim, 35, dia memilih untuk mengekalkan kehidupan peribadi serta hubungan kekeluargaan dan persahabatannya secara tertutup tanpa perlu dijadikan tatapan umum.
“Bukan semua benda kena tunjuk untuk dapat pengesahan. Saya kekalkan kehidupan peribadi secara privasi terutamanya keluarga dan rakan-rakan terdekat saya.

Hantaran tersebut dipercayai adalah berkaitan dengan pemilihan pengapit semasa majlis perkahwinan Bella.





