TINGGAL bersama rakan serumah sememangnya memerlukan toleransi tinggi kerana setiap individu mempunyai rutin dan cara hidup berbeza.
Ada yang gemar menghabiskan masa di luar rumah, manakala sesetengah individu pula lebih selesa ‘berkampung’ di dalam bilik selepas penat bekerja atau belajar.
Namun, seorang wanita mengakui dirinya mula berasa kurang selesa apabila rakan serumahnya dikatakan hampir 24 jam berada di dalam bilik sehingga menyebabkan dia sukar mendapatkan ruang dan masa bersendirian.

Segelintir individu gemar melakukan kerja di ruang tamu sambil menonton televisyen. -Gambar hiasan AI





