PELAKON Zainol MacWilson memuji sikap matang anak perempuannya, Zahirah MacWilson dan menantu, Aiman Hakim Ridza yang memilih untuk tidak memperbesarkan kemelut keluarga meraka di media sosial.
Zainol, 67, mendedahkan dia memuji tindakan anak dan menantunya yang bijak mengawal keadaan serta menasihati dirinya supaya tidak terikut-ikut emosi atau membalas provokasi daripada bekas isterinya, Maslinda Yusoff.
“Saya pun tidak bersuara, buat bodoh sahaja dengan maknya (janda saya). Biar maknya meroyan. Ayah mana yang tak sayang anak.

Komen balas Zainol di Tiktok.






