PENYANYI dan personaliti media, Ceddy Ang kini lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan terhadap sesuatu isu, terutama selepas beberapa pempengaruh terpalit dengan kontroversi membabitkan dakwaan penderaan haiwan.
Ceddy, 38, berkata, kisah itu menjadi pengajaran buat dirinya supaya tidak terlalu mengikut emosi atau terburu-buru membuat kesimpulan hanya berdasarkan maklumat awal yang diterima.
"Kalau ada kes seperti itu pada masa hadapan, jangan terlalu beremosi dan terus masuk campur untuk komen sebab kita tidak tahu kesannya bagaimana.

Ceddy kini lebih berhati-hati dalam mengulas sesuatu isu.






