PELUANG menjadi guru ganti sering menjadi pilihan graduan untuk menimba pengalaman dalam bidang pendidikan sementara menanti tawaran pekerjaan tetap.
Selain dapat merasai sendiri suasana mengajar di dalam kelas, pengalaman tersebut juga boleh membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi dan menguruskan pelajar.
Namun, hasrat seorang individu untuk mendapatkan pengalaman sebagai guru ganti tidak kesampaian apabila permohonannya didakwa ditolak atas sebab yang di luar jangkaan.






