PELAKON Kodi Rasheed mendedahkan pernah menerima tawaran untuk menjalin hubungan cinta dengan seorang rakan artis hanya kerana mahu mencipta kontroversi.
Berkongsi pengalaman tersebut, Kodi atau Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 36, memberitahu tawaran berkenaan datang daripada pengurus pelakon wanita tersebut.
“Ada seorang pengurus ini beri tawaran buat kontroversi dengan artis perempuan dia. Aku kena buat sweet biar orang ingat aku bercinta dengan dia.

Perkongsian Kodi di Threads.






