PELAKON Zila Bakarin meluahkan rasa terkilan dengan industri seni tempatan selepas hampir empat tahun tidak menerima tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi.
Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, berkata dia enggan merayu atau meraih simpati semata-mata untuk mendapatkan tawaran lakonan kerana tidak mahu diri dan kesusahannya dijadikan bahan ejekan sesetengah pihak.
"Sebenarnya merajuk jugalah. Berapa ramai kawan-kawan saya sekarang yang pandai berlakon, tetapi orang tidak bagi tawaran.

Zila berkongsi perkara itu ketika ditemui media.





