PENYANYI Syasya Rizal meluahkan rasa kesal apabila usaha dan proses penghijrahannya untuk menutup aurat diperlekehkan oleh segelintir netizen berikutan konsep tarian dan imej yang ditampilkannya menerusi video muzik lagu terbaharu berjudul Different.
Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata, tindakan untuk mula berhijab bukanlah satu perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan keyakinan dan doa yang berpanjangan sebelum dia benar-benar bersedia.
"Mungkin ia nampak kecil bagi awak, tetapi ia satu langkah yang sangat besar buat saya. Ia mengambil masa berbulan-bulan dengan usaha, doa dan keyakinan untuk saya akhirnya mula berhijab.

Syasya anggap penghijrahannya itu merupakan satu langkah yang besar buatnya.






