SEMPENA sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, kumpulan Alif Satar & The Locos tampil dengan lagu baharu, Kibar Cinta Merdeka, sebagai tanda meraikan semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan terhadap tanah air.
Menurut vokalisnya, Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 36, lagu berkenaan membawa mesej yang dekat dengan jiwa rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan latar belakang, budaya dan kehidupan.
"Kibar Cinta Merdeka adalah tentang kita semua. Walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza, kita berkongsi satu tanah air dan satu rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Lagu Kibar Cinta Merdeka angkat mesej semangat kemerdekaan.





