KEMISKINAN dan kesempitan hidup yang mendesak menyebabkan segelintir individu terpaksa melakukan perkara di luar jangkaan akal demi mencari sesuap nasi.
Terbaharu, tular perkongsian menyayat hati seorang wanita di aplikasi Threads yang mengimbas kembali detik terhitam dalam hidupnya apabila terpaksa menggadaikan maruah demi mencari wang segera buat keluarganya.
“Tak payah ajar aku erti sabar. Bertahun aku hidup, aku jaga diri. Tapi 31 Mei 2026, akhirnya aku jatuh juga. Aku buat keputusan jual diri sendiri.

Pengakuan berani seorang wanita meraih perhatian ramai di aplikasi Threads. -Gambar hiasan
“Itulah pertama kali, sampai dua orang (pelanggan) dalam hari yang sama. Waktu itu adik-beradik aku semua kepanasan dekat rumah. Elektrik kena potong dan mereka kelaparan.





