PELAKON Razzuan Rosli mengakui pernah berada di fasa hampir berputus asa apabila merasakan rezekinya dalam industri seni seakan-akan sudah berakhir.
Razzuan, 35, berkata tahun lalu merupakan antara paling mencabar apabila dia hanya menerima satu tawaran lakonan.
Kata Razzuan, keadaan itu tidak menghalangnya daripada terus menghadiri sesi uji bakat demi mencari peluang untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Tahun lalu saya pernah rasa mungkin dah tak ada rezeki dalam industri, dalam setahun itu saya ada satu job sahaja.

Razzuan mengakui tahun lalu hanya menerima satu tawaran lakonan.
“Kemudian tak ada sebarang tawaran. Saya adalah seorang pelakon yang selalu pergi uji bakat. Walaupun mungkin ada yang sudah kenal, saya masih lagi menjalani sesi uji bakat.
“Ada juga kawan-kawan casting tanya bukan dah banyak berlakon ke, kenapa datang lagi? Saya kata kalau banyak berlakon dan dikenali, saya tiada di sini (lokasi uji bakat) kerana memang dari dulu ini adalah ruang untuk saya cari kerja. Saya tak pernah rasa malu,” katanya kepada mStar.
Bagaimanapun, penantian panjang itu akhirnya berbaloi apabila Razzuan kini diberi kepercayaan membawakan watak utama dalam drama Sepenuh Hati Rindu.
Aktor berkenaan menyifatkan peluang tersebut sebagai satu rezeki yang cukup besar selepas lebih sedekad menanti untuk diberikan kepercayaan menerajui sebuah drama.
ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki selepas viral, Razzuan Rosli terima tawaran berlakon filem berbahasa Mandarin
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan putus asa, ramai salah sangka Adam Lee ‘give up’ berlakon… Siap cadangkan buka perniagaan sendiri
“Berbelas tahun juga saya tunggu untuk dapat watak utama ini. Saya bersyukur kerana diberi peluang ini dan akan cuba sebaik mungkin.
“Kalau ikutkan saya bermula sejak 2011 tetapi peluang untuk masuk dalam industri pada 2019 daripada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).
“Saya masih menganggap diri ini sebagai pendatang baharu kerana banyak lagi pengarah-pengarah dan syarikat produksi yang belum sempat saya bekerjasama. Ada masanya dalam hidup yang saya rasakan mungkin sudah berakhir karier saya sebagai anak seni,” ujarnya.
Saya masih lagi menjalani sesi uji bakat. Saya tak pernah rasa malu.
RAZZUAN ROSLI
PELAKON
Biarpun mengambil masa yang lama untuk sampai ke tahap ini, Razzuan tidak pernah melihat dirinya ketinggalan berbanding pelakon lain yang lebih awal mendapat peluang besar.
Sebaliknya, dia percaya setiap individu mempunyai perjalanan dan rezeki masing-masing selain memilih untuk menghargai setiap peluang yang hadir dalam kerjayanya.
“Saya tidak pernah rasa orang lain dapat peluang awal, saya pula terlambat. Rezeki itu milik Allah.

Razzuan percaya dengan setiap rezeki yang telah ditentukan.
“Semuanya ada baik dan buruknya dalam setiap perjalanan karier seorang anak seni. Walaupun saya agak terlambat tetapi saya sangat menghargai setiap tawaran yang diberi.
“Bukan mudah untuk dapat peluang besar. Jadi, contohlah kalau dapat drama yang hebat tetapi saya hanya ditawarkan untuk berlakon dua babak, saya tetap menghargainya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, drama Sepenuh Hati Rindu lakonan Razzuan bakal disiarkan bermula 27 Oktober depan di slot Samarinda TV3.
Selain Razzuan, drama tersebut turut menampilkan pelakon Shahz Jaszle dan Farah Nabilah sebagai teraju utama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube





