Hiburan

Fazley Yaakob lebih hati-hati kongsi kandungan dengan Vida, mohon maaf paparan kurang sesuai

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang kandungan membabitkan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV).

Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata perkara itu akan diberi perhatian selepas ini dan pasukan kandungannya juga akan memperhalusi setiap perkongsian bagi mengelakkan paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum.

Kata Fazley, langkah itu penting bagi memastikan kandungan yang dikongsikan dapat menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Fazley (kanan) memohon maaf atas kandungan yang dikongsi kepada umum.

Fazley memohon maaf atas kandungan yang dikongsi kepada umum.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh