KADANGKALA apa yang dilihat di tempat kerja bukanlah gambaran sebenar kehidupan seseorang di luar pejabat.
Seorang majikan mengakui pernah salah menilai seorang staf hanya kerana lelaki berkenaan sering mengemas komputer riba dan pulang tepat pukul 5.30 petang setiap hari.
Menurutnya, staf terbabit tidak pernah mengambil kisah sama ada rakan sekerja sedang sibuk, bos masih berada di pejabat atau ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Majikan perlu memberi peluang kepada staf menjelaskan punca sesuatu tindakan mereka. -Gambar hiasan AI
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Tak kisah orang lain tengah sibuk, bos masih ada. Pukul 5.30 je… Okay guys, saya balik dulu. Mula-mula saya diam, lama-lama saya menyampah juga.
“Yang paling buat saya geram, apabila ada urgent task hujung-hujung waktu kerja. Kalau 5.20 petang saya bagi kerja, muka dia terus berubah. Dia akan tanya… yang ni perlu siap hari ni ke?,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri menyesal balik kampung awal bulan, famili ‘paw’ suami sampai sengkek – “Mentua ambil ketam baru beli, suruh bawa balik stok lama”
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern panas hati dituduh asyik balik awal, staf kontrak siap ugut gagalkan latihan industri – "Tolonglah jangan jahat sangat"
Majikan itu pernah menasihati staf berkenaan supaya tidak terlalu berkira dengan waktu jika mahu mengembangkan kerjaya.
“Pernah sekali saya terus cakap… kalau nak grow dalam career, jangan terlalu kira masa sangat. Dia diam, lepas tu jawab baik bos.
“Sejak hari tu, perkara tersebut jadi ‘bahan’ di pejabat. Kalau dah 5.25 petang, ada yang mula usik… eh cepat lima minit lagi dia nak hilang.
“Semua gelak. Dia pun senyum je, tak pernah marah. Cuma bila 5.30 je dia tetap balik,” katanya.
Namun, menurutnya segalanya berubah apabila staf itu tidak hadir bekerja dan pihak sumber manusia memaklumkan bahawa ayahnya meninggal dunia pada pagi tersebut.
Lebih mengejutkan apabila majikan itu mendapat tahu sebab sebenar staf berkenaan sentiasa pulang tepat pukul 5.30 petang.
“HR maklumkan kepada saya bahawa staf berkenaan balik awal sebab nak jaga ayah dia. Sudah dua tahun ayah dia terlantar sebab angin ahmar.
“Mak dia pula dah berumur. Setiap pagi sebelum datang kerja, dia mandikan ayah, tukar lampin dan sediakan ubat. Jiran hanya bantu tengokkan hingga pukul 6 sahaja, sebab tu 5.30 dia mesti balik,” katanya.

Menjaga ibu bapa adalah tanggungjawab anak. -Gambar hiasan AI
Perkara itu membuatkan majikan berkenaan teringat semula kata-kata yang pernah dilemparkan kepada staf tersebut, termasuk menyuruhnya supaya tidak terlalu berkira dengan masa bekerja.
Seminggu selepas kematian bapanya, staf itu kembali bekerja dan dipanggil masuk ke bilik majikan.
Apabila ditanya mengapa tidak pernah menceritakan keadaan bapanya, staf itu hanya tersenyum dan berkata dia tidak tahu cara hendak menjelaskannya.
“Saya takut nanti orang fikir saya guna ayah saya sebagai alasan,” jawab staf tersebut.
Lebih menyentuh hati apabila majikan bertanya bilakah kali terakhir dia sempat bertemu bapanya.
Staf itu mengangguk sebelum memberitahu dia sempat menyuapkan bapanya makan pada malam sebelum kematiannya.
“Kebetulan malam tu dia banyak sembang. Nasib baik semalam saya balik awal, bos,” katanya.
- Balik tepat 5.30 petang setiap hari, rupanya demi menjaga ayah.
- Majikan akui tersilap menilai staf terbabit.
- Ayahnya terlantar akibat angin ahmar selama dua tahun.
- Staf sempat menjaga dan menyuapkan ayah sebelum meninggal dunia.
- Kisah itu mengajar supaya tidak cepat menghukum pekerja.
Menurut majikan berkenaan, ungkapan ‘balik awal’ yang keluar dari mulut stafnya itu memberi kesan yang sangat mendalam.
Apa yang selama ini dianggap oleh orang pejabat sebagai tindakan ‘pulang awal’, sebenarnya merupakan waktu-waktu terakhir yang paling berharga buat staf tersebut bersama insan tersayang.
“Staf tak stay back, kita kata tak committed. Staf banyak diam, kita kata tak proactive. Staf tak join lepak selepas kerja, kita kata tak pandai bonding.
“Staf selalu minta balik tepat waktu, kita kata tak ada ownership.
“Sedangkan kita sebenarnya cuma nampak 10 peratus daripada kehidupan mereka. Baki 90 peratus, kita cipta sendiri ceritanya dalam kepala kita,” katanya.





