PELAKON Shukri Yahaya tampil memohon maaf berhubung dirinya menunjukkan isyarat jari tengah semasa bergambar bersama rakan-rakan selebriti sebelum ini.
Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 38, mengakui kekhilafan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai gurauan kasar atau nakal bersama rakan-rakannya yang sudah lama tidak bertemu.
"Bagi saya, itu sekadar gurauan nakal bersama kawan-kawan rapat yang sudah lama tidak jumpa selepas disatukan dalam satu projek yang sama.







