Viral

Kereta isteri lenjan setiap hari, harta sendiri ‘sedekah’ kepada adik… Wanita ‘hidu’ sesuatu tak kena lepas 2 bulan kahwin

BUKAN semua keputusan yang dibuat suami boleh diterima bulat-bulat oleh isteri, terutamanya apabila ia melibatkan soal pengurusan kewangan serta pemilikan aset dalam rumah tangga.

Isu inilah yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita apabila suaminya mengambil keputusan untuk menjual kereta kepada adik sendiri, sedangkan kenderaan tersebut baru dimiliki kira-kira setahun.

Lebih mencetuskan rasa tidak puas hati, suaminya memberi alasan mereka tidak lagi memerlukan dua buah kenderaan memandangkan wanita itu hanya menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Perbezaan pendapat dalam kalangan suami isteri adalah perkara biasa yang perlu diselesaikan dengan cara berhemah. -Gambar hiasan AI

Perbezaan pendapat dalam kalangan suami isteri adalah perkara biasa yang perlu diselesaikan dengan cara berhemah. -Gambar hiasan AI

“Suami nak jual kereta dekat adik dia. Alasannya cukuplah kami guna sebuah kereta sahaja iaitu kereta aku. Aku rasa benda ni sangatlah tak masuk akal apabila dia suruh adik dia bayar RM300 sahaja sebulan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh