Hiburan

“Bila gurau tak kena tempat, mengaku salah saja“ – Izzue Islam anggap hos TV perlu ada panduan

PENGACARA dan pelakon Izzue Islam berpendapat bahawa penyediaan garis panduan khusus untuk pengacara televisyen adalah penting bagi memastikan setiap individu yang mengendalikan sesebuah program memahami batas perlakuan mereka sewaktu berada di atas pentas.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36 berkata, panduan tersebut boleh menjadi rujukan utama agar pengacara tidak melampaui batas sehingga menyentuh isu-isu sensitif sehingga menyinggung perasaan pelbagai pihak.

"Ini pendapat peribadi saya, garis panduan itu kena ada sebab baru kita tahu tahap mana yang kita boleh pergi.

Izzue harap garis panduan itu menitikberatkan mengenai sensitiviti masyarakat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh