Hiburan

Hussain lega… Tamat berjuang 18 minggu dua pertandingan

SELEPAS 18 minggu berjuang dalam program realiti, penyanyi Hussain akhirnya boleh menarik nafas lega apabila diumumkan sebagai juara Big Stage x Rocketfuel pada malam Ahad.

Namun di sebalik kejayaan itu, Hussain atau nama sebenarnya Jamak Hussain Jamilul Hayat, 23, mengakui perjalanan sepanjang dua pertandingan bukan sesuatu yang mudah.

Malah, perkara pertama yang terlintas di fikirannya selepas tamat pertandingan adalah mahu tidur sepuasnya setelah sekian lama mengorbankan masa dan tenaga untuk memberikan yang terbaik pada setiap persembahan.

Hussain mahu berehat selepas bertanding lapan minggu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh