BAHANG Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) semakin dirasai apabila ramai peminat dan rakan artis berkongsi pengalaman peribadi semasa penganjuran edisi terdahulu.
Antara yang menarik perhatian adalah hantaran yang dibuat oleh penyanyi Haiza semasa persembahan Allahyarham Rohana Jalil menyampaikan lagu Jangan Main Mata dalam edisi AJL9 pada tahun 1994.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, kelihatan pelakon dan pengacara Allahyarham Jaafar Onn turut sama tampil di atas pentas mengiringi persembahan Rohana.

Perkongsian Haiza di Threads.





