KEGANASAN rumah tangga tidak semestinya melibatkan kekerasan fizikal semata-mata.
Ini kerana kata-kata berbaur ugutan juga boleh meninggalkan trauma terhadap mangsa.
Menurut seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti, dia baru sahaja diugut oleh suaminya hanya kerana anak mereka tertumpahkan minuman di dalam bilik tidur.






