SUSULAN kejayaan Konsert Memento Mori pada 1 Ogos lalu, penyanyi dan komposer Ajai teruja melihat karya kumpulan Exists kembali mendapat perhatian dalam kalangan pendengar generasi Z (Gen Z).
Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, berkata, selain lagu popular Exists, generasi baharu turut mula mengenali karya-karya lain yang mempunyai susunan muzik lebih eksperimental seperti lagu Konklusi.
Katanya, minat itu dapat dilihat menerusi perbualan pengguna Gen Z di Threads yang mula mencari dan membincangkan lagu berkenaan selepas menonton persembahan Exists.







