NIAT murni untuk bersedekah boleh bertukar menjadi tawar apabila penerima menunjukkan sikap seolah-olah kurang beradab dan tidak pandai menghargai pemberian orang lain.
Begitulah pengalaman pahit yang dilalui seorang wanita apabila niatnya untuk mengagihkan barangan bayi secara percuma berakhir dengan rasa kecewa.
Dalam satu hantaran tular, wanita itu berkongsi cerita tentang pasangan suami isteri yang didakwa kurang beradab ketika datang mengambil barangan percuma di rumahnya.

Ramai ibu yang mengagihkan barangan bayi selepas anak mereka membesar. -Gambar hiasan AI
“Saya berikan barang anak secara percuma dan ada yang nak datang ambil. Apabila dah sampai depan rumah, mereka mesej saya. Tapi suami isteri itu langsung tak keluar kereta, sampai saya yang kena angkat barangan bayi tu ulang-alik beberapa kali.
“Lepas saya buat macam tu, barulah si suami buka pintu kereta. Itu pun selepas saya tegur, barulah dia tolong angkatkan baki barang yang ada kat depan pintu,” imbas wanita itu.





