MENDAPAT biasiswa melanjutkan pengajian ke luar negara pastinya satu peluang yang sangat berharga apatah lagi bukan mudah menimba ilmu di tempat orang.
Namun di sebalik peluang tersebut, seorang individu meluahkan keinginan menggunakan sebahagian kecil wang elaun biasiswa diterimanya untuk membeli sebuah iPhone model terbaharu.
Bagaimanapun menyedari statusnya daripada keluarga B40 dan anak sulung membuatkan dia serba salah dan bimbang hasratnya itu dianggap sebagai membazir.
Pelajar disaran mengurus elaun secara berhemah dengan mengutamakan keperluan sepanjang tempoh pengajian sebelum membuat sebarang perbelanjaan lain. -Gambar hiasan AI





