PELAKON Julia Farhana mendedahkan bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya Dr Che Hafiz selepas hampir setahun membawa haluan masing-masing.
Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 32, berkata, perkara tersebut masih lagi dalam proses perbincangan dan penyediaan dokumentasi berikutan jadual kerjaya yang padat.
"Saya sudah tidak berjumpa dengan dia selama tujuh bulan. Jadi saya rasa memang sudah hampir setahun kami berpisah dan Ju akan memfailkan perceraian.

Julia dan suami (kiri) sudah setahun membawa haluan sendiri.






