VOKALIS kumpulan Nastia, Leo Azman memaklumkan band tersebut kini hanya tampil berdua untuk projek terbaharu selepas dua lagi anggota mengambil keputusan untuk tarik diri.
Dua anggota yang tidak terlibat dalam projek berkenaan ialah pemain piano dan keyboard, Zach Zainal Zainir dan pemain dram dikenali sebagai Jenk.
Kata Leo atau Nur Azman Azhari, keputusan itu berlaku susulan kejadian tidak terduga dan mereka memilih untuk meneruskan perjalanan seni berasingan buat sementara waktu.

Nastia kini hanya tinggal berdua, Leo (kiri) dan Rudy.






