KEGAGALAN hubungan lalu membuatkan penyanyi dan komposer Amylea Azizan kini lebih berhati-hati untuk berkongsi tentang kisah percintaan.
Meskipun mengakui sudah dimiliki, namun bagi Amylea, 40, belum tiba masa yang sesuai untuk dia mendedahkan jejaka yang berjaya menambat hatinya.
“Dalam hubungan ini bukan tentang saya dan dia sahaja. Ia turut melibatkan orang lain termasuk ahli keluarga terdekat. Jadi biarlah kami cuba kenali semua orang dahulu dan dapatkan keserasian.

Amylea lebih terbuka berkongsi kisah percintaan.





