APABILA seseorang terlalu kerap mengambil cuti sakit (MC), lama-kelamaan keadaan itu pasti boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekerja.
Malah, tidak hairanlah jika ada yang mula meragui sejauh mana kebenaran masalah kesihatan yang dialami atau menganggap individu terbabit sekadar mahu ‘culas’ daripada menjalankan tugas.
Namun menurut seorang wanita, pekerja yang kurang sihat tidak seharusnya mempedulikan pandangan serong orang sekeliling kerana kesihatan diri perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Tekanan kerja boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit. -Gambar hiasan AI





