KLASIFIKASI filem di pawagam bertujuan melindungi penonton terutamanya kanak-kanak dan remaja daripada kandungan yang tidak bersesuaian dengan tahap kematangan mereka.
Namun, isu pemakaian turut menjadi pertikaian apabila seorang pelajar mendakwa tidak dimaklumkan lebih awal mengenai larangan memasuki hall tayangan dengan memakai seragam sekolah.
Pelajar tersebut itu meluahkan rasa kecewa selepas tidak dibenarkan masuk ke sebuah pawagam untuk menonton filem Spiderman kerana memakai uniform sekolah.

Pakaian sekolah tidak termasuk dalam larangan etika pemakaian dalam pawagam. -Gambar hiasan AI





