PENYANYI Aisha Retno menerima secara terbuka teguran netizen berhubung penampilannya ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada Sabtu.
Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, tampil bersama penerbit teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), Puan Seri Tiara Jacquelina dan anaknya, Mila Mohsin, dengan memperagakan busana asli daripada produksi teater muzikal berkenaan.
Kata Aisha, dia memahami setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan memilih untuk mengambil teguran yang diberikan dari sudut positif.







