BAYI perempuan yang juga adik kepada pempengaruh cilik, Muhammad Aniq atau Bang Aji, meninggal dunia pada usia 49 hari akibat tersedak susu ketika tidur, pada Jumaat.
Menurut bapanya, Mohd Redzuan Zainol, kehadiran bayi diberi nama Kayla selama ini sengaja tidak dikongsikan kepada umum kerana mahu orang ramai lebih mengenali Bang Aji.
"Bang Aji dah hampir dua bulan ada adik perempuan. Ramai yang tak tahu, termasuk sahabat-sahabat saya.





