MELIHAT bayi yang masih ‘merah’ dibawa keluar ke tempat awam sering mengundang pelbagai tanggapan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila anak kecil itu memerlukan penjagaan rapi.
Namun, tidak semua situasi yang dilihat dari luaran menggambarkan keadaan sebenar yang terpaksa dilalui oleh ibu bapa.
Melalui situasi sukar tersebut, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman selepas menyedari masih ada pihak yang gemar menghakimi golongan ibu yang membawa bayi baru lahir ke restoran mahupun kafe.






