PELAKON Aliff Aziz menganggap pengumuman yang melabelnya sebagai aktor kedua terkacak di Malaysia adalah sekadar gurauan maestro muzik Datuk M. Nasir.
Enggan memandang serius, Aliff, 35, sebaliknya percaya pernyataan itu sebenarnya tertumpu kepada watak Sultan Mansur dalam pementasan muzikal Mansur & Liu agar dapat dijayakannya dengan baik.
"Taklah, saya rasa Datuk M. Nasir hanya bercanda dan bergurau sahaja. Tapi bagi saya, ia lebih kepada fokus bagaimana saya nak hidupkan karakter ini.

Aliff akan bergandingan dengan Melinda Dadew dalam pementasan Mansur & Liu.






