SETIAP pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan majlis perkahwinan berlangsung seperti dirancang, termasuk soal pemilihan tema dan warna pada hari bahagia mereka.
Namun, tidak dinafikan ada kalanya wujud campur tangan ahli keluarga atau saudara-mara dalam urusan persiapan hingga menimbulkan salah faham dan mencetuskan konflik.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila keputusan dibuat bersama tunangnya berhubung tema warna majlis seolah-olah tidak dihormati oleh ahli keluarga sendiri.

Kebanyakan keluarga gemar menetapkan warna tema bagi majlis perkahwinan agar kelihatan cantik berpakaian sedondon. -Gambar hiasan AI



