PERSELISIHAN faham dalam rumah tangga adalah lumrah, namun tindakan sesetengah pasangan yang sewenang-wenangnya memilih untuk mengeluarkan kata-kata kesat boleh meninggalkan kesan emosi.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas dimaki suaminya hanya kerana tidak mendengar panggilan telefon ketika dia sedang fokus menggosok pakaian.
Menurut wanita itu, ketika kejadian suaminya sedang mandi dan memanggilnya untuk mengambil pencukur (shaver), namun dia langsung tidak mendengar.

Pergaduhan fizikal dan kata-kata makian tidak wajar dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI




