SIKAP saling percaya menjadi asas paling utama agar sesuatu hubungan yang dibina kekal berpanjangan dan harmoni.
Namun, biarpun rasa saling percayaantara satu sama lain itu wujud, ikatan percintaan tetap boleh diuji apabila melibatkan soal batas pergaulan, sebagaimana situasi dikongsikan seorang wanita ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita tersebut meluahkan rasa bimbang dan kurang selesa apabila teman lelakinya mudah mesra dengan rakan sekerja perempuan.

Rakan sekerja terutamanya yang berlainan jantina sewajarnya menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AI




