KEHIDUPAN sebagai mahasiswa penuh dengan cabaran termasuk perlu bijak mengawal perbelanjaan dengan berjimat-cermat.
Ramai memilih ‘mengikat perut’ kerana perlu membayar yuran pengajian, sewa rumah, kos pengangkutan serta makan minum bagi memastikan wang saku mencukupi sehingga penghujung semester.
Di Threads, seorang individu berkongsi kisah mengenai seorang rakan sebiliknya yang terlalu berjimat-cermat dalam soal makan minum sehingga membuatkan dia menyangka dia berdepan masalah kewangan.

Fasa bergelar mahasiswa mengajar ramai pelajar tentang erti berdikari, termasuk mengurus kewangan dengan penuh berhemah. -Gambar hiasan AI





